aku maseh lagi sendiri terperap didalam sebuah kotak persegi yang gelap dan sempit.perit yang tersangat dalam.di ibaratkan seperti berehat di dalam lahad sendiri.sekeping kertas putih menjadi layar dan aku menjadi pelakon.tiada apa yang dapat aku lakonkan.terkadang aku merasa seperti dunia ini berhenti berputar,segala menjadi kaku.sedang orang lain bermain dengan watak sendiri aku hanya menjadi batu diam berseorangan.sesekali ingin aku curi satu kehidupan orang lain.walau hanya seminit.aku mahu rasakan nyawa menjadi manusia.penat aku lakonkan gelak palsu dan airmata plastik.selama ini aku bukan manusia yang bernyawa.aku bagai boneka yang dihembus nyawa seperti manusiatapi tidak manusia.aku mahu kehidupan yang dulu.kehidupan manusia aku.dunia aku bukan bumi lagi.persekitaran aku bukan manusia lagi.aku hidup dalam kotak persegi seorang diri.
No comments:
Post a Comment