ragam

sekitar plastik bernyawa,
mesin pandai berkata,
dan robot makin ligat,
dan manusia berkaki empat,
yang kiri terus terkiri,
yang kanan meminta sakti,
yang masjid di kubahkan palang,
yang kitab  di biar bersawang,
langit bergegar terus bekerja,
gunung terbelah masih bekerja,
laut gelora tiada takutnya,
bumi tergoncang di biar saja.






sahabat

pernah kau rasa tertikam.dan pernah kau nampak darah yang mengalir.aku hampir mati saat kau masih tersengih.tak perlu kau ajukan sakit atau tidak.kau sendiri nampak macam mana aku terjelupuk di satu sudut hitam.kau pernah datang,dan kau sekarang menikam.ingat macam mana aku jadi orang yang mendengar kau.ingat bila kau masih berkarat,siapa yang mengilap.siapa yang memberi kau satu ruang untuk kau lebarkan cerita kau.kau cepat lupa bila kau rasa bersinar.tapi juga lupa yang sinaran sekeliling kau bukan asli.mereka ada bila kau diperlukan.sampai satu masa kau pun jadi arang.hitam dan rapuh.kau juga akan dibuang.dan sekarang kau permainkan apa yang pernah kau aku kongsi kan.dan tentu subjeknya ialah aku.dulu kau marahkan mereka yang tengelamkan kau.tak kau sedar sekarang kau adalah satu dari mereka.dan kau cuba untuk karamkan aku.tapi aku bukan manusia kayu.aku ada akal dan pancaindera.sebelum kau merangcang aku dah pun berperisai.semua tak kau sedar sebab kau da terlalu khayal.senang untuk cakapkan yang kau sebenarnya bodoh dan cepat gelapkan mata kau.hanya kerana seronok,kau buat aku jadi layu dan kau buang aku.segala maaf untuk aku bukan lagi untuk kau.kau sahabat,kau bukan lagi sahabat.

wahai tuhan.

kini hanya tinggal sekeping hati untuk aku teruskan hidup.berseorangan dan tidak berteman.setiap langkah yang aku kejarkan sudah tiada makna.biar angin teruslah bertiup,ia memang tak mampu memberi makna lagi pada aku.dulu disetiap malam-malam akan ada suara yang menghibur ku.bila ia semakin hilang aku pun semakin terjerumus masuk kedalam sisi gelap dunia aku sendiri.terkadang timbul soalan yang sial untuk aku ajukan.mengapakah tuhan begitu kejam untuk aku.mengapa tuhan ambil semuayang pernah aku miliki.mungkin agak kasar apa yang aku ajukan itu.tapi bagaimana untuk aku menahan,hidup aku hanya diselubungi kehitaman yang terlalu melampau.jika aku bukukan setiap bait-bait hidup aku.pasti tiada siapa yang mampu untuk memahami apa yang aku ceritakan.manusia sekeliling hanya tahu untuk menilai dari luaran sahaja.tak ramai yang mampu menilai aku dari sisi yang berlainan.bukan manusia biasa yang mampu melakukan itu.mungkin aku teruk,tapi carilah apa punca aku sebegitu.aku yakin setiap manusia mahukan yang indah sahaja.aku juga mahukan bhidup aku begitu.tapi takdir yg keras terpaksa aku tempuhi.aku seakan benci takdir yang aku lalui.tapi aku terpaksa telan juga.bukan kerja aku untuk melawan tuhan.setiap saat aku terkenangkan saat-saat indah yang pernah aku lalui.tapi semakin jauh aku menyusur kedalam itu.aku semakin tertekan.dan terluka.mungkinkah aku memang ditakdirkan untuk terus tengelam ke dasar yang gelap dan gelita.dan sampai aku hilang ape yang selama ini aku pegang.dan biarlah aku terus ada dalam mainan dunia ini.dan aku akan mati dalam keadaan yang paling hina sekali.

PENAT

semakin lama aku semakin mual dengan kekosongan ini.tiada makna lagi untuk aku bertahan.asyik memikirkan indah sampai aku lupa akan ada buruk menanti.itu memang silap aku dulu.dan sekarang aku sendiri teperangkap dengan apa yang aku kejarkan.sial.kalau ada mesin pemutar masa aku tentu sudah pusing kembali setiap apa yang aku sudah lakukan.aku mahu hidup seperti manusia biasa.jasad aku hanya menjadi bekas untuk menyinpan segala organ-organ dan darah aku sahaja.tapi perasaan sebagai manusia biasa itu aku tidak merasainya.kadang-kadang cemburu dengan kehidupan manusia lain.perjalanan mereka pasti akan diselang seli tawa atau tangisan.tapi bagi aku semua yang mereka rasai tak dapat aku rasai.aku dah terlalu penat untuk tanggung lagi.PENAT.
disaat kamu menanggis sejuta tangan mengelap airmata mu,disaat aku menanggis siapa akan ada untuk aku.terima kasih.
kau pilihlah satu hati.hati yang benar untuk kau.pilihlah dengan tenang.jika tersilap.kau akan kalah.

jika

jika hati itu boleh dibaca.jika masa depan boleh diramal.jika mati boleh ditangguh.jika takdir boleh dipilih.akan aku buat segalanya.tapi sayang semua itu hanya mimpi.mimpi yang bisa buat hati kita semakin mati.

sampah

dengar sini.sayang,disaat nanti aku hilang dari pandangan mata kau,ingatlah sebenarnya aku berada jelas di hati kau.mungkin terkadang bahasa mampu menipu kita,tapi percayalah bukan niat aku untuk begitu.terkadang aku merasa aku akan hilang dari sudut penglihatan kau,dan aku mungkin tidak lagi dapat mengengam tangan kau.aku seorang manusia yang bukan dicipta untuk mampu meluahkan segala perasaan aku kepada kau.kau mungkin dapat melihat ada pancaran senyuman di wajah aku.tapi hakikatnya berlawanan dengan apa yang terzahir.sayang,mungkin aku tidak terlalu sempurna untuk kau,dengan segala kelakuan aku.tapi itu memang diri aku,sayang aku tetap untuk kau.letaklah aku sebagai yang pertama.seharusnya memang aku yang pertama.tidak perlu yang lain.melihat kau luahkan segala pada bukan tempatnya aku menjadi pedih.terasa aku bagai sampah yang sudah tidak diperlukan.tapi bukan aku untuk halang kau.kau masih kau.aku tetap aku.

kerana sayang itu

sering aku mahu bertanya pada kau banyak soalan...tapi disetiap kali itu jugalah hati aku menjadi kelu...siapakah yang ada disaat kau bersedih?....siapakah yang ada untuk menghiburkan kau?....siapakah yang ada disaat kau jatuh?....siapakah yang menghulur tangan mengangkat kau kembali?...siapakah yang sanggup untuk meredah apa jua demi untuk kau?....siapakah yang sanggup menipu perasaan sendiri hanya untuk kau?....siapakah yang sanggup berendam air mata bila melihat kau kesusahan?....siapakah yang sanggup menyalahkan dirinya sendiri hanya untuk kau?...tapi hanya satu soalan ini yang aku mahu ajukan kepada kau...apakah kau sanggup melakukan semua di atas hanya kerana orang itu...dia tidak sama sekali meminta kau berbuat semua itu...dia juga tidak mahu melihat kau kesusahan kerana dia...disaat air mata dia jatuh dia juga tidak mahukan kau turut menangisi bersama dia...tapi dia hanya mahukan kau menyapu setiap butiran air mata itu dengan bersungguh-sungguh...disaat kau bersedih dan merajuk dengan perbuatannya....dia akan sedaya upaya berusaha untuk merawat hati kau itu...walau sehingga otaknya menjadi keras dan dia mulai tertekan lalu melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kau...tapi itu kau masih lagi mahu berkata yang dia tidak faham tentang kau.jangan butakan hati kau.kau masih ada dia,jangan sesekali kau buat dia menghilang.selagi kau boleh nampak senyum dia,kau boleh buat airmata dia jatuh.tapi jika sudah hilang saat itu.kau jangan melutut untuk menangis.

bait-bait sial

sungguh tidak adil.satu hak aku telah dirampas.tapi satu itu aku rasa bagaikan sepuluh yang hilang.ranap emosi stabil aku.kocak-kocak perasaan dalam hati aku.itu hak aku,tapi sayang hak itu telah diserah pada orang lain.bukan aku lagi menjadi tempat meluah segala.dikatakan aku tak pernah faham masalah tentang masalah.tapi tak nampak kah siapa yang bersungguh-sungguh.nilai penghargaan itu lebih besar dari berjuta ringgit.bukan minta dihargai tapi cuma minta kenang semula setiap korbanan yang telah diberi.mungkin aku susah difaham.memang susah.setiap bait kata-kata aku ada makna,sekali tersilap tafsir aku akan menjadi mangsa.itu memang aku.aku tak perlu untuk menjadi orang lain.rasa ini memang rasa aku,kerana menjadi seorang aku bukan mudah.melihat mengunakan mata memang mudah,melafaz mengunakan mulut memang mudah tapi mentafsir dari hati itu kerja  berat.jika kau ego kau akan kata aku si penyindir yang sial.kalaulah aku sial sekalipun.aku tak pernah sialkan orang.jadi,jika kau mahu faham aku,tebalkan hati kau,dan belajar untuk menerima bait-bait kata aku.

persegi.

aku maseh lagi sendiri terperap didalam sebuah kotak persegi yang gelap dan sempit.perit yang tersangat dalam.di ibaratkan seperti berehat di dalam lahad sendiri.sekeping kertas putih menjadi layar dan aku menjadi pelakon.tiada apa yang dapat aku lakonkan.terkadang aku merasa seperti dunia ini berhenti berputar,segala menjadi kaku.sedang orang lain bermain dengan watak sendiri aku hanya menjadi batu diam berseorangan.sesekali ingin aku curi satu kehidupan orang lain.walau hanya seminit.aku mahu rasakan nyawa menjadi manusia.penat aku lakonkan gelak palsu dan airmata plastik.selama ini aku bukan manusia yang bernyawa.aku bagai boneka yang dihembus nyawa seperti manusiatapi tidak manusia.aku mahu kehidupan yang dulu.kehidupan manusia aku.dunia aku bukan bumi lagi.persekitaran aku bukan manusia lagi.aku hidup dalam kotak persegi seorang diri.

kaum mesin

dan bila kosong terbit dalam hati.dan bila gelap menjadi-jadi.waktu berputar terlalu lambat untuk aku tunggu mentari.seakan ada tangan jahat yang menahan ia dari bangun dari orbitnya.aku semakin benci dengan apa yang aku lalui.lambat dan lembab.setiap hari,masa berlalu dengan lambat dan lembab.tapi bukan masa yang aku salahkan.mungkin dunia sekarang sudah berubah.semua terlalu rebutkan pangkat,darjat dan harta.semua mahu jadi raja.tidak kah pernah kalian fikirkan,hidup ini untuk dinikmati,bukan untuk di tekani dengan rutin yang sempit dan sesak.berhentilah menjadi patung.manusia punyai hati,bukan seperti mesin yang hayatnya hanya melakukan perkara yang serupa.setiap jalan yang aku lalui pastikan terjumpa dengan sekumpulan mesin-mesin yang bekerja.ya hidup perlukan wang.tapi sedarkah,wang juga masalah bagi kamu wahai mesin.jika kau terlalu kejar ia,ia akan semakin lari.pernahkah kau nampak ada bahagia bila kau berhenti sekejap dari menjadi mesin.cuba kau hirup sebentar udara manusia.jiwa kau telah lama terbelenggu dengan asap-asap 'chemical' yang beracun.minda kau terlalu kusut.rehatkan sebentar.aku sudah terlalu lelah untuk melihat kaum-kaum mesin ini.malah aku semakin benci dengan mereka.hidup nya hanya bersandarkan syiling dan helaian kertas bodoh.sebentar,hiduplah sebagai manusia,lupakan kusutan dunia.senyum dan leraikan lelah itu.

sekitar

persekitaran mempengaruhi pemikiran,pemikiran mengawal peradapan,peradapan mengawal persahabatan,persahabatan mengawal keperibadian.jika yang pertama punah,kitaran tidak akan stabil.