biarlah aku lari dari semua salah sangka.perih ini takkan kau nampak akhirnya.biar aku yang rasa.setiap kata makin menyebak jiwa.dan bila nanti kau sedar.aku mungkin sudah lari sejauhnya.jauh untuk menghindar seribu luka.hanya aku yang tahu apa rasanya.aku yang tahu mana sakitnya.kau hanya akan melihat dari penjuru luka.  

pelakon cerita dunia.

dan tamat juga sebuah cerita.yang kita pelakonnya.cerita yang sepatutnya hujungnya bukan bermandi air mata.bukan.memang sepatutnya bukan.tapi terkadang sang pengarah mengubah plot dan latar-latar.latar-latar yang sepatutnya indah ditukar pada yang gundah dan penuh nista.plot di tukar untuk membuat setiap cerita lebih segar.lebih nampak akan isinya.tapi siapa pengarahnya.mengapa tegar untuk menukar sedang kita sedap melakonnya.hingga kita terbuai dalam lakonan.tanpa kita sedar ia tetap lakonan.yang sesudah tamat kita takkan mengenal sesama kita.sampai kita mahu melawan darjat kita dengan si pengarah.kita menafikan tugas seorang pengarah sedang kita cuma pelakon hina yang jahil akan ertinya "pementasan dunia".sebenarnya sang pengarah ada maksudnya.ada tujuannya.dia tamatkan lakonan kita dengan penyudah yang siksa kerna mahu kita lakonkan satu cerita baru yang lebih indah.lebih bermakna untuk kita.mengajarkan kita menjadi pelakon yang berjaya.walau nanti kita takkan bersama melakonnya.dan akhirnya aku perlu terima.kerna ada yang baiknya dalam sakitnya.terima kasih wahai sang pengarah.

tuhan dan kerjanya.

Kita bermula dengan sukanya.kita bertentang mata.kita rasa jodoh memang kita punya.kita bahagia.tapi berapa lama.berapa banyak yang harus kita duga.berapa kali harus kita bertengkar.harus kita ikat rasa faham antara kita.bukan melihat pada lebihnya kita.kita salah.kita terlalu yakin dengan apa yang kita ada.dengan tempoh hubungan kita.sebenarnya kita salah.egois dan merasa betul meruntuh tiang kukuh yang lama kita dirikan.kita teguhkan.tapi runtuh dengan sekelip mata.kita saling menuduh.saling meminta yang bukan mampu kita.kita jahil sebenarnya.dan tuhan membalasnya.tapi siapa kita mahu menyalahkan nya.sedang kita belum sempurna.yang sepatut kita cuba selam diri kita.tanya untuk apa kita bersama.ke jannah atau neraka.kita lebih memilih neraka sebenarnya.dan tuhan membalasnya.tapi siapa kita untuk menafikannya.

dan mungkin kita bukan lagi seperti kita yang mulanya.bukan lagi untuk dicipta bersama.atau sememangnya kita tak dicipta untuk bersama.dan untuk akhir ini.aku berserah.dan biar tuhan dengan kerjanya.kerna aku manusia,bukan malaikat utusannya.
tuhankah manusia mahu menghukum.tuhankah manusia tahu apa yang ada didalam jiwa.tuhankah manusia tahu apa yang akan mendatang dan meramalnya.manusia melihat dengan batasan yang terhad.manusia meramal dengan akal yang singkat.manusia merasa dengan perasaan yang kelat.apakah manusia sebenarnya.kita ada jawapannya.
hilang sudah bulan cerah warnanya.berganti panas mentari menunggu senja.sedang selesa beredup awan.terik datang membakar jiwa.berhembus la angin segera.rawatlah lecur panas yang melanda.
kau bergalang dunia disisip emas dan permata.kau mahu tinggi di atas sedang kau lupa sebelah sayap kau parah.kau mahu menyambar mangsa walau paruh tumpul dan kaburnya mata.kau tiada apa cuma lagaknya dan nasfu semata.  

lupa

Selalu.dan selalu kau yang ada di segenap ruang jiwa.di setiap aliran minda hanya kau terhalusinasi.lagikan desir angin selalu terbias suara indah.jelas dan mengema mengangu getaran gelombang lainnya.kau berkata aku lupa sedang aku sendiri bermain jiwa.hilang logik jika aku mampu terlupa.kau berkata kerana kau nampak akan zahirnya.tapi yang menjadi rahsia ialah hati.hati manusia itu memang rahsia.luarnya kau lihat kotor dan jijik.sedang dalamnya sangka siapa dia punya hati yang bahagia dan jernih cahayanya.cukup kau tahu aku tak mampu lupa.