formal untuk kau

terkadang aku merasai seperti aku ini terlalu hina untuk kau...terkadang aku rasai sepertinya aku bukan yang terbaik untuk kau...tapi tahukah kau yang setiap manusia itu memang tidak akan pernah berpuas hati dengan apa yang ada dihadapannya sekarang...dia akan merasa segalanya kurang...sedangkan si polan itu sentiasa berusaha untuk membahgiakan dirinya....tahukah kau mengapa setiap isi hati manusia tidak dapat dibaca...ya,kerana jika dapat di baca maka tiadalah kejutan yang manis akan berlaku...kerana setiap isi hati itu adalah rahsia.janganlah kita mencuba untuk mengungkap isi hati seseorang kerana jawapannya sama sekali tidak akan kita perolehi...malah ia hanya akan memberi sakit sahaja pada sipolan itu...sedih...ya aku sedih jika aku bukan yang terbaik untuk kau...kerana aku telah lelah dan berpayah untuk menjadi yang terbaik...lihatlah kedalam mata dan hati aku...bukan lihat dari luaran aku,dari bahasa tubuh aku....kau akan mengerti....mungkin hari ini kau akan meragui siapa aku,benarkah cinta aku,sayangkah aku pada kau...kau akan persoalkan bermacam-macam soalan dalam hati kau...dan mungkin aku juga tiada jawapannya...kerana masa belum mengizinkan aku menjawapnya...tapi ingatlah,jika satu hari nanti kau mula bosan dengan persoalan tersebut...dan terlintas untuk kau melangkah keluar dari persoalan itu...aku izinkan...tetapi percayalah,disaat nnati kau telah temui jawapan dari setiap persoalan itu...aku mungkin sudah tiada untuk kau...aku mungkin akan melenyap dari setiap pelosok mimpi kau...mungkin aku telah jauh dan hilang dari alam maya kau....kau harus yakin dan percaya yang aku hanya untuk kau dan jangan pernah sekali pun kau persoalkan dalam diri kau siapakah aku...apakah benar cinta aku...kerana itu yang akan memusnahkan perasaan sesama kita...mungkin kau akan lihat aku sebagai perosak sekarang...tapi pernahkah kau melihat sepuluh tahun akan datang siapakah aku...jika aku seorang peramal,pasti aku akan menipu setiap ramalan aku tantang kau...kerana aku mahukan yang terbaik untuk kita...jangan di ikut setiap mainan tidur kau tentang aku...kerana disaat kau tidur tentu ada syaitan yang datang untuk memusnahkan aku dari diri kau...selami apa yang tersirat di balik apa yang tersurat

kerana aku sayang kau

kerana aku sayang kau...aku sanggup buat apa sahaja...tapi kenapa kita harus lalui keadaan ini...aku tahu kau dan aku sedang menahan sesuatu yang pedih...tapi percaya lah...kau dan aku sedang diduga...kita sering salah faham...tetapi ia untuk masa ini sahaja....aku percaya kau dan aku masing-masing tidak mampu untuk berpisah....kerana hati kau sudah tertulis nama aku...begitu juga hati aku....aku tahu yang kau sayangkan aku....mungkin terkadang aku melakukan kesilapan,kerana aku memegang watak sebagai manusia dan bukanlah malaikat....aku tidak terlalu sempurna....dan tidak mampu menjadi sempurna....tapi percayalah dengan kehadiran kau...aku rasa bagai telah sempurna hidup aku...bagaimana kau memimpin aku dari yang gelap kepada yang cerah...sumpah aku rasa bagai ada cahaya yang datang...sebab kau lah cahaya aku itu...mungkin terkadang bahasa aku tidak seperti orang lain...kerana itu memang diri aku...aku punyai bahasa yang mengelirukan,tetapi maksudnya hanya satu...tapi jika kau benar-benar memahami aku...kau akan tersenyum mendengarkan aku berbicara...kerana setiap perkataan yang terzahir itu adalah ungkapan manis untuk kamu...dengarlah dengan hati,bukan dengan perasaan yang sering menipu kita...kerana aku sayang kau...