mungkin dari saat ini aku akan kelihatan kosong,seperti sehelai kertas yang tidak mempunyai apa-apa nilai.ya aku sedar dan nampak semua itu.semakin hari dunia aku semakin jauh,semakin terpencil.segala taring yang aku miliki dulu lenyap bagai ditelan masa.ya mungkin itu karma.karma telah datang pada aku dan berkata 'aku ke mari untuk membalas apa yang sepatutnya'.dari sudut gelap ke sudut cerah,segala pelosok hati ini aku cari mana kurangnya.aku masih berharap bukan karma yang aku lalui ketika ini,jika ia karma,aku berhak melupakan diri ku dan biar aku terus lenyap dari sekitar ini.ia terlalu berat untuk aku pikul.jika mata pedang itu cukup tajam bagi kau,karma aku lebih dasyat.bukan sakit yang aku tanggung,tapi kesunyian yang datang sendiri.hidup aku masih berjalan seperti biasa,tapi bagai kosong sahaja masa berlalu.disekitar aku memang tidak senyap,tapi aku bagai terapung di dimensi yang lain keseorangan.sunyi terlalu sakit,sunyi terlalu kejam.aku bagai bermimpi dalam berjalan,aku celik tapi hati aku buta.aku tak dapat melihat warna-warna yang terang seperti dulu,jiwa aku menjadi buta warna.kalau aku bisa memutar masa yang berlalu,rela aku jadi si tikus yang hidup didalam lubang.
formal untuk kau
terkadang aku merasai seperti aku ini terlalu hina untuk kau...terkadang aku rasai sepertinya aku bukan yang terbaik untuk kau...tapi tahukah kau yang setiap manusia itu memang tidak akan pernah berpuas hati dengan apa yang ada dihadapannya sekarang...dia akan merasa segalanya kurang...sedangkan si polan itu sentiasa berusaha untuk membahgiakan dirinya....tahukah kau mengapa setiap isi hati manusia tidak dapat dibaca...ya,kerana jika dapat di baca maka tiadalah kejutan yang manis akan berlaku...kerana setiap isi hati itu adalah rahsia.janganlah kita mencuba untuk mengungkap isi hati seseorang kerana jawapannya sama sekali tidak akan kita perolehi...malah ia hanya akan memberi sakit sahaja pada sipolan itu...sedih...ya aku sedih jika aku bukan yang terbaik untuk kau...kerana aku telah lelah dan berpayah untuk menjadi yang terbaik...lihatlah kedalam mata dan hati aku...bukan lihat dari luaran aku,dari bahasa tubuh aku....kau akan mengerti....mungkin hari ini kau akan meragui siapa aku,benarkah cinta aku,sayangkah aku pada kau...kau akan persoalkan bermacam-macam soalan dalam hati kau...dan mungkin aku juga tiada jawapannya...kerana masa belum mengizinkan aku menjawapnya...tapi ingatlah,jika satu hari nanti kau mula bosan dengan persoalan tersebut...dan terlintas untuk kau melangkah keluar dari persoalan itu...aku izinkan...tetapi percayalah,disaat nnati kau telah temui jawapan dari setiap persoalan itu...aku mungkin sudah tiada untuk kau...aku mungkin akan melenyap dari setiap pelosok mimpi kau...mungkin aku telah jauh dan hilang dari alam maya kau....kau harus yakin dan percaya yang aku hanya untuk kau dan jangan pernah sekali pun kau persoalkan dalam diri kau siapakah aku...apakah benar cinta aku...kerana itu yang akan memusnahkan perasaan sesama kita...mungkin kau akan lihat aku sebagai perosak sekarang...tapi pernahkah kau melihat sepuluh tahun akan datang siapakah aku...jika aku seorang peramal,pasti aku akan menipu setiap ramalan aku tantang kau...kerana aku mahukan yang terbaik untuk kita...jangan di ikut setiap mainan tidur kau tentang aku...kerana disaat kau tidur tentu ada syaitan yang datang untuk memusnahkan aku dari diri kau...selami apa yang tersirat di balik apa yang tersurat
kerana aku sayang kau
kerana aku sayang kau...aku sanggup buat apa sahaja...tapi kenapa kita harus lalui keadaan ini...aku tahu kau dan aku sedang menahan sesuatu yang pedih...tapi percaya lah...kau dan aku sedang diduga...kita sering salah faham...tetapi ia untuk masa ini sahaja....aku percaya kau dan aku masing-masing tidak mampu untuk berpisah....kerana hati kau sudah tertulis nama aku...begitu juga hati aku....aku tahu yang kau sayangkan aku....mungkin terkadang aku melakukan kesilapan,kerana aku memegang watak sebagai manusia dan bukanlah malaikat....aku tidak terlalu sempurna....dan tidak mampu menjadi sempurna....tapi percayalah dengan kehadiran kau...aku rasa bagai telah sempurna hidup aku...bagaimana kau memimpin aku dari yang gelap kepada yang cerah...sumpah aku rasa bagai ada cahaya yang datang...sebab kau lah cahaya aku itu...mungkin terkadang bahasa aku tidak seperti orang lain...kerana itu memang diri aku...aku punyai bahasa yang mengelirukan,tetapi maksudnya hanya satu...tapi jika kau benar-benar memahami aku...kau akan tersenyum mendengarkan aku berbicara...kerana setiap perkataan yang terzahir itu adalah ungkapan manis untuk kamu...dengarlah dengan hati,bukan dengan perasaan yang sering menipu kita...kerana aku sayang kau...
wanita
"aku tidak perlukan seorang wanita secantik bidadari surga....cukuplah sekadar dia mampu menemani aku disaat aku perlukan dia....dan penuhi hari aku dengan sinar bahagianya....dan mampu abadikan hidupnya dalam hidup aku"
Ya kamulah wanita itu
tuhan
semalam dan hari ini adalah hari yang terpanjang pernah aku lalui....hidup aku kosong tanpa biasan suara manja kau itu....sunyi yang kejam telah datang menghentam aku...ahh terlalu sakit aku rasakan....seperti mahu aku ludah sunyi itu....rindu aku bagai ditahap yang paling atas...kecelaruan seakan kawan baik disaat itu...ya tuhan tidakkah kau nampak yang aku saat itu terlalu kritikal....ya tuhan aku rayu pada kamu tolong ikatkan hati aku bersama hatinya...seperti mana kau ikatkan hati adam dan hawa....ya tuhan kau lindungilah hubungan kami dari segala macam anasir-anasir kotor....ya tuhan berilah dia kemampuan untuk melihat jauh kedalam hati aku betapa aku tidak akan pernah mampu tanpa dia...aku tahu yang aku tidak selayak mana untuk meminta pada kau sampai sebegini doa....tapi aku juga seorang hambamu yang layak untuk meminta sedikit pertolongan dari kau yang maha pemberi...kerana aku tahu hanya kau yang mampu untuk melaksanakan itu....
kiamat
tahukah kau bila kiamat akan terjadi....jika kau ajukan soalan yang sama pada aku aku akan menjawab....dalam hidup aku akan berlaku dua kiamat....yang pertama kiamat yang memang akan wajib terjadi....yang kedua hanya akan terjadi apabila kau meniup sangkakala yang mematikan segala hidupan harmoni yang wujud dalam hati aku...dan tiada lagi tiupan kedua yang akan kau tiup kan....kau harus tahu yang jika sekali kau meniup sangkakala itu...akan habis seluruh umat dalam hati aku ini musnah menjadi zarah-zarah halus yang beterbangan....kau tantu faham maksud aku bukan....dan disaat itu aku akan menjadi insan yang teramat lemah...hingga untuk menjunjung sehelai rambut pun aku tak termampu....aku mahu kau simpan sahaja kiamat kau itu...biarlah aku hanya lalui satu kiamat sahaja...kerana kiamat kau terlalu dasyat bagi seorang pencinta seperti aku...yang aku mahu hanyalah kau menyanyikan lagu-lagu indah sahaja....kerana itu amat selesa bagi aku...dan kiamat kau takkan pernah berlaku...aku juga tiada jawapan untuk itu
suara
aku tidak pernah sama sekali merasa marah terhadap kau...malah jauh sekali untuk menyimpan dendam terhadap kau...tapi aku mahu kau tahu yang aku juga tidak mahu kau merasa bersalah terhadap aku...kerana aku telah berjanji dengan hati aku bahawa aku tidak akan sama sekali mahukan kau merasa tertekan...aku juga tahu yang kau sentiasa mahu bersama aku...cuma rindu itu terlalu jahat...rindu itu selalu memaksa aku untuk sentiasa mahukan kau walau dalam apa keadaan sekali pun...kau juga tahu kerana aku sudah terlalu akrab menyatakan itu pada kau...aku fikir kau mungkin akan merasa jemu mendengar perkataan rindu itu....hampir setiap saat dalam kitaran hidup aku hanya rindu pada kau sahaja terpacul dalam hati baru aku ini...kau tak mungkin akan mendengarnya...tetapi jika kau lekapkan telinga kau rapat kedada aku....kau akan mendengar degupan jantung aku semakin laju...ya ketika itu dia sedang bicara yang dia akan sentiasa merindui kau....
lingkungan
seperti yang tertera terang dalam setiap inci hati aku...aku hanya mahukan kau menolak segala apa yang ada disisi kau hanya kerana aku...aku hanya mahu kau belajar untuk hembus jauh-jauh segala perkara yang aku rasa tidak sepenting aku...aku hanya mahukan kau hanya mem'pertama'kan aku dalam setiap apa yang kau lakukan...tetapi aku sedar...kau tidak akan pernah bisa untuk melakukan itu...kau sendiri terkonkong oleh lingkungan yang hanya menyusahkan kau...jika punya kuasa...mahu saja aku hapuskan segala lingkungan itu jauh dari setiap inci tubuh kau...dan saat ia menghampiri ingin aku rampas kau dan bawa kau jauh dari lingkungan itu...tapi kemampuan aku hanya terbatas untuk mendengar suara kau dari gemaan pancaran gelombang maya sahaja...terlalu jauh untuk aku menatap wajah kau apatah lagi menyentuh halus kulit mu itu...lalu aku terus menanti...sampai nanti aku juga mengerti
beda
semakin lama waktu untuk diambil...semakin tipis jangka hayat aku...perit merindui kau tidak akan pernah untuk terhindar...malah aku semakin sakit menahan rindu...kau bayang kan betapa dalam lubang aku jatuh hanya kerana merindui kau...kau bayangkan tatkala seluruh badan aku terhempas kekaki lubang itu...kau pasti tahu yang aku sedang nazak ketika itu...tetapi aku mengerti...antara kita memang akan sentiasa punyai jurang yang lebar....kau punyai hidup sendiri...kau punyai sekitar sendiri...tetapi aku hanya punyai satu...aku hanya akan melihat kau didalam dunia aku...dan hanya kau di sekitar aku...bayangkan bila sang pemimpi tidak dapat memejamkan matanya lagi...begitulah aku...sedang sarat menanggung imaginasi yang tak tercapai...aku seperti warna kusam...tidak dapat menyerikan lagi diri aku sendiri....tetapi...aku tidak akan benarkan kau nampak apa sebenarnya ini
burung dan awan
jika aku seorang burung....dan kau seorang awan...pasti aku akan membenci pokok...pasti aku akan membenci sarang...kerana terbang mendampingi kamu adalah satu kejadian yang terlalu indah...walaupun riak kau bukan selalu cerah,walau terkadang kau akan basahi aku dengan asid hujan mu...tapi aku rela...biar hancur segala pelepah aku terkena bias asid hujan kau...biar patah sayap aku sewaktu meredah ribut kau...asalkan aku maseh mandampingi kau...dan aku akan tetap mendampingi kau
sejuk
sejuk...mengapa terasa amat sejuk hati ini...seakannya ada runtuhan salji didalamnya...tetapi sedikit pun tidak aku mahukan nyalaan api...bahkan sebesar bara sebatang mancis...aku hanya mahukan sejuk sahaja...sejuk untuk mengeraskan lagi perasaan yang telah sedia ada selama ini...biar ia tidak akan pernah mencuba untuk mencair dan pergi mengalir keluar dari hati ini...biar aku khayal bersama seketul bekuan perasaan itu...perasaan yang telah menjadikan aku terlalu sejuk untuk kamu...sejuk untuk segalanya...kerana sejuk itu kamu
tidak sama sekali
jika aku miliki tujuh buah pulau indah sekalipun...kau jangan pernah berharap untuk memilikinya juga...jika aku miliki tujuh buah istana emas sekalipun...jangan sesekali kau mimpi untuk mendiaminya...kerana apa yang akan aku beri pada kau hanyalah sekeping hati yang tulus mencintai kau...bukan curahan kemewahan
petir
sungguh pun malam agak malap...sungguh pun bintang tidak kelihatan...sungguh pun langit agak kelam...tetapi aku tetap tersenyum...kerana aku yakin bidadari aku sentiasa ada untuk menyuluh jutaan petir bahagianya tepat kedalam hati aku...aku rela disambar petir itu
sebuah hati baru
penyesalan itu adalah bermakna bagi seorang lelaki kemaruk seperti aku...penyesalan kamu telah memberi aku sejuta rahmat kepada aku...di saat ini aku sedang berseorangan tersenyum melebar...apa yang aku fikirkan adalah kau telah merasmikan sebuah hati yang baru untuk sikemaruk ini
soalan
jangan kau tanya mengapa sering kita diuji...tapi tanyakan mengapa kita maseh kekal hingga ke saat aku menulis ini....ujian adalah rencana tuhan...kerana itulah kita maseh kekal...itu jawapannya
dia
saat kau ungkapkan pada aku yang kau bukan yang terbaik untuk aku...ingin aku ketawa sekuat hati aku...dan hati aku juga tertawa...dia madah pada aku...bisakah seorang yang tidak baik mengakui seikhlas hatinya tentang kesalahannya...dan aku menjawab...tentu ia adalah antara yang terbaik...seorang ahli agama pun belum tentu mahu mengakui kesalahan lampau mereka...dan hati bercakap....kau patut bersyukur miliki dia...dan aku menjawap....telah lama aku bersyukur saat dia milik aku...
the time
"sudah sampai masanya untuk kau tahu semua ini...kerana aku sudah terlalu bahagia dengan kamu...kau layak untuk hidup bersama bahasa aku...kau hanya milik aku"
mental problem
kerana aku sayang kau...aku cintakan kau...aku mampu hidup tanpa kau...tapi percayalah yang hidup aku akan kosong tanpa kau...di setiap saat aku hanya cuitan kenangan aku bersama kau yang berputar...hingga sampai aku sendiri terlalu gila...gila akan kehadiran kamu dihadapan ku...sampai satu masa semua objek yang aku lihat terbentuk bayangan kau...sampai lena yang aku dapat hanya termimpikan kau...kau sentiasa ada dalam realiti dan fantasi aku...kau dah menggilakan aku dengan cinta kau...dan aku seorang pesakit jiwa yang menaruh ubat dari kau...dasyat ini semua
rahsia
biarkan awan hitam yang datang terhapus jauh-jauh...jangan biar ia kembali hampir...biar cerita itu hanya kau,aku dan hati yang tahu...biarkan...kau telah menjadi baru saat kau benar-benar meminta maaf dan hanya itu yang kau ulang...aku terima maaf kau...dan saat kau bahas yang kau betul-betul menyesal dan aku hanya yang kau mahu...hilang...hilang segala memori hitam aku...dan aku hilang ingatan...dan biarkan ia rahsia
cantum
kau renyuk aku...dan kau carik-carikkan aku menjadi kepingan halus...silap kau...tentu susah untuk cantumkan aku kembali...tapi jika kau tabah...kau akan berhasil...kerana aku sentiasa menanti untuk dicantum kembali...kerana aku hanya mahu kau yang cantum aku
tetap
aku akan tetap menulis disini tanpa pengetahuan kau...sehingga satu masa aku akan huraikan segala yang ada disini dihadapan kau...satu hari nanti
ucapan kekal
semalam kita berjumpa....dan hari ini kau telah telah pulang...semalam dan kelmarin kau buat aku berada di atas puncak yang maha tinggi sehingga aku pun gayat...tapi kau pegang aku...kau kukuhkan aku dengan pegangan kamu...kau buat aku selesa....kau buat aku sempurna....walau terkadang aku sedikit lari dari paksi kita sekarang...tapi kau tetap betulkan aku....kadang-kadang aku fikir...adakah ini akan berkekalan...tanpa aku ajukan pada kamu...pantas kau menjawab...kita akan kekal bersama...dan kau katakan lagi...sekarang kau milik aku...dan aku ucapkan kepada kau...terima kasih
reput
ya...kini hati semakin pulih...sakit yang datang telah aku usir sejauhnya...si penyakit takkan pernah dapat kembali...yang tinngal hanya seorang jururawat yang sentiasa utuh dalam diri kau hati...jaga ia dengan semahu kau...aku amanahkan kau untuk terus hidupkan ia dengan bahasa yang suci...sekali kau 'kaca'kan dia...seribu kali aku benci kau hati...kau,aku dan ia....kita akan selesa bersama hingga aku sendiri reput nanti
terima kasih
"terima kasih tuhan kerana temukan dia dalam mimpi aku....walaupun seimbas kau tetap yang terchantek"
siapakah?
kertas...kau hancur bila direndam dalam basahan kesedihan yang maha dasyat...tetapi disaat kau kering...kau lah objek yang paling gembira berterbangan ditiup bahasa angin...kau lah objek paling bebas dikala itu...tapi kau lupa...hujan pasti datang untuk melumatkan kau...kau akan ditujahi duri-duri titisan hujan...kau akan hancur...siapakah kertas itu...ya,aku lah orangnya
kehadapan
kehadapan...biar tuhan yang ganti hati lama aku...biar tuhan buang hitam ini...aku serahkan tugas ini pada tuhan...sebab aku mahu hati yang baru....hati yang tulus mencintai kamu...hati yang ikhlas menyayangi kamu...jika satu masa tuhan gagal juga...aku rela mendapat khidmat si durjana...kerana aku tidak mahu kehilangan kamu...biar aku pandang hadapan
cakera
memang banyak cerita hati aku...tapi tentang kau hampir semua...aku maseh ingat dimana saat kita mula berkenal...dan aku takkan buang rakaman itu...di saat mata aku mula merakam wajah kau...hingga kau selerakkan hati aku dengan perasaan manis...sampai kau pecahkan dinding-dinding halus hati aku...dan kau warnakan kembali hati aku...semua aku rakam...sampai satu saat...bila rakaman itu hilang aku pasti waktu itu adalah yang paling kemuncak...kerana aku telah jadikan rakaman itu kepada cakera keras...dan kita akan bahagia
banyak
dua saat aku bernafas...tiga saat akan aku fikir tentang kau...setiap jam aku lena...setiap hari mimpi kau...dan kau,dan kau
hanya kau
biar kau jadi duri aku
dan aku jadi daging kau
biar kau jadi selumbar aku
dan aku jadi jari kau
biar kau hiris aku
dan aku jadi hati kau
KAU PATUNG
disaat detik ini aku masih teringat pada kamu...kau orang yang pernah dan kekal sebagai patung dalam hati aku...kau takkan pernah bergerak seinci pun dari dalam ruang padat ini...aku mahu kau akan terus begitu...jadi patung untuk diri aku...jangan pernah untuk bergerak...walau kau mampu aku tahu...KAU PATUNG HATI INI
konkrit
baru sahaja tadi kita berhubung...dan aku terus laju menulis disini...aku mahu yang kau tahu apa hati aku besuara...ya,dia amat gembira wahai kamu...dia perkatakan bahawa kamu sudah beri dia satu keyakinan...dan dia hampir senyum kembali...ibaratnya dia mahu saja melonjak keluar dari kepungan rusuk aku dan terbang terus pergi kepada kamu...hati aku memang dasyat...kau mampu buat dia tersenyum dan aku mampu lupakan "ianya"
disisi kotak kayu
bila akan kau sedar yang aku hanya untuk kau...aku harap maseh punya waktu untuk di betulkan...tapi jika waktu itu sudah tamat...aku akan cari pemain watak yang baru untuk kau...agar kau takkan pernah merasa kehilangan aku...agar sedih kau cuma seketika...kerana aku tahu,kelak sedih akan hilang,bahagia kau akan datang dan biar aku seorang yang terperosok dalam sisi gelap kotak kayu
itu memang aku "kertas ronyok"
mungkin ruangan ini terlalu sunyi...tanpa ada sebarang kesesakan lalu-lintas...ya memang itu yang aku mahukan...ini tempat untuk aku menyendiri...siapa aku...jangan ditanya siapa aku...punya mata,hidung,telinga dan mulut sama seperti kamu...tiada apa yang membezakan kita...apa jantina aku...ya,aku lelaki....jadi jika aku lelaki mengapa aku jadi seperti ini...mengapa aku harus tulis coretan pekataan halus dalam setiap apa yang aku tulis...ya,itu yang harus kamu tanya...aku lelaki yang memang diciptakan untuk punyai hati yang halus...aku memang miliki jiwa yang selalu menyanyikan lagu-lagu sedih...tapi aku bukan sembarangan halus...halus jiwa ku...bukan perwatakan aku...aku seorang lelaki yang berselindung di antara jiwa dan watak...kerana itu memang aku...cukup kenali aku sebagai kertas ronyok
akhirnya
okay...sekarang aku sedar...yang lepas biar lepas...walaupun tajam untuk aku lupakan...aku anggap cerita itu hanya kesalahan babak yang dilakukan sang pengarah dengan tidak sengaja...aku akan lupakan segalanya...mungkin masa yang akan aku ambil terlalu panjang nanti...setiap manusia tidak lengkap hidupnya tanpa kesalahan yang dilakukan...kau,aku juga tidak lari dari kesalahan...aku maafkan kau setulus hati aku mulai aku tulis post ini...aku akan sayangkan kau lebih dari apa pun mulai dari aku tulis post ini...aku sedar kosong yang akan datang bila kau jauh dari aku kerana kau hanya untuk aku
"aku sayang kau sangat mulai dari mili saat sekarang"
sesudah tidur
arrrgghhh....sekali lagi aku mimpi dalam lena yang singkat...kenapa kau selalu hadir...kau tahu yang ia akan buat aku lagi rindu...kau dah jauh dari aku,aku risau kau akan ulang nanah lama itu...ohh,aku tidak patut fikir lagi....aku tidak patut meragukan kau lagi....aku harus pandang ke depan...tapi,aku risau...aku risau kau akan ulangi dan aku menjadi loji janaan nuklear yang bakal meletup untuk hancurkan semua orang....aku takut...ahh,mungkin aku harus cari jalan penyelesaian...mungkin aku akan sumbat otak aku dengan musik yang kuat biar sati igauan pown takkan singgah...mungkin aku harus jerit sekuat hati aku...mungkin
satu kali tikam
sumpah...aku terlalu beharap apa yang kau cerita itu adalah bohongan yang kau cipta untuk menguji aku...aku terima jika itu satu bohongan...aku mahu tiada lagi bayangan hitam cerita itu datang mencakar hati aku...sumpah aku lemah...aku mahukan kau...dan aku mahukan hubungan yang bersih indah dari malapetaka kiamat cerita sialan yang pernah kau siulkan kepada aku itu...aku mahu jadi pembunuh cerita tersebut...dan aku mahu bunuh dia
bom hati
terjaga aku dari nyenyak pejaman mata...aku mimpi kau lagi....dan memang sentiasa aku akan mimpi kamu sahaja...tapi...terjaga sahaja,aku terus teringat kembali cerita kamu itu...begitu sial perasaan ini...kau bayangkan jika gelas yang berisi air mengelegak di masukan kedalam peti ais beku...begitulah aku...sumpah aku maseh trauma...jika aku bukan lelaki yang keras,pasti kering airmata aku ini...aku tahan....dan biar...ianya....BOMMMM
warning for "hati"
kenapa kau fikir pasal benda tu lagi hati...kau bodoh lah...kau tolong lah terima yang setiap manusia tak lari dari kesilapan...kau tolonglah aku hati...aku tak nak ingat benda tu lagi...sebab dia da menyesal...sebab aku sayang dia...aku tak nak kau rosakkan hubungan aku hati...kau sial,dia bukan jahat mana...kau jangan hasut aku...aku sayang dia lebih dari kau lah hati...kau jangan main giler lah...
saya dan aku
"saya maafkan kamu,saya maafkan kamu...tapi faham masa bukan singkat untuk hapuskan segalanya...tapi masa itu penawar...saya sayangkan kamu,saya sayangkan kamu...tapi faham luka boleh sembuh...tapi parut maseh ada...saya cintakan kamu,saya cintakan kamu...tapi faham mulut boleh senyum...tapi hati maseh remuk...."
aku patut biar hati yang besuara...aku mmg takkan sama sekali hapuskan kau...kau memang milik aku...aku kena kuat untuk buang segala memori hitam...sebab aku sayang kau...jawapan hati aku ada dalam hati kau
palang merah
saat sekarang aku masih rindukan kau...memang tak salah aku rindu kau...sebab kau maseh aku punya...tapi kenapa maseh ada lagi darah yang mengalir ni...plaster dah kau tampal,memang itu betul...kau dah rawat pun,memang itu betul...tapi maseh darah mengalir,memang itu betul...lega dah perasaan sakit tu sikit,memang itu betul....tapi,sakit tetap sakit,yeah yang ini tepat sekali...kau bagi aku sakit dan kau jadi doktor...sumpah aku sayang kau sekarang...tapi tolong teruskan rawatan kau
memori,bersih
aku nak bersihkan kita dari dia....aku nak bersihkan memori dari dia...aku nak anggap kau tak pernah jumpa dia...tapi kenapa tak boleh...sialkan kalau tak boleh...tapi aku memang kena bersihkan juga...sebab aku nk sayang kau dari hati kau...kalau tuhan bagi aku keluarkan otak aku sekarang...aku da putuskan satu urat biar padam segala memori...memori yang tersimpan saat kau bagi aku kaca...kau tau tak yang sayang aku lain dari yang lain...
jangan cerita boleh
entah kenapa aku tak boleh...aku tak boleh ingat cerita yang kau sampaikan kepada aku...cerita tentang api yang dah jadi abu....aku rasa macam nak amik shotgun dan terus tembak kepala abu yang kau cerita tadi...tapi aku sayang kaulah...cuma bila aku teringat cerita kau,hati aku jadi bom tangan yang dah ditarik picunya...aku tak dapat letupkan....tapi aku nak letupkan...tapi sayang aku belum habis lagi dengan kau....sekarang aku nak cari ubat yang dapat buat aku padam cerita kau tadi...dadah pon dadahlah...sebab aku perlukannya untuk aku sayang kau lebih dari 41 malaikat yang setia memandang kau setiap saat....kau bagi aku dadah sekarang
kau,aku,perang dan wayang
kau tercipta untuk aku...benarkah??...kadang-kadang berat untuk bertanya pada diri sendiri...kenapa mesti sayang aku untuk kau...dan kenapa aku tak kan pernah mampu untuk hapuskn kau dari roda pusingan kepala aku...istimewa benarkah pada pandangan aku...tak,salah...kau sama seperti yang lain...cuma yang membezakan kau pernah buat aku bahgia...tapi kau juga pernah bunuh hati aku dan kau hidupkan aku kembali...sungguh sulit keadaan aku sekarang...ibaratnya aku tercampak dalam medan perang dan masih terpingga-pingga...disaat peluru tajam kau singgah ke hati aku disaat itu aku benci kau...dan disaat kau menabur morphin diluka aku disaat itu kaulah yang aku kasihi....ibaratnya aku bermain wayang dengan diri sendiri...dan kau pemusing filem....
chermin kaca
kau ibarat kaca yang mencerminkan kebahagiaan...dan jika kau pecah,kau akan jadi senjata yang maha dasyat untuk menguris hati aku...kau pernah pecah dan tikam aku...tapi sekarang aku cantum kau kembali...kau pantulkan kembali diri kau...tapi,sumpah aku masih terluka....
sekeping kertas kosong
bahasa telah membawa aku tepat pergi dari aku yang dulu...mungkin aku perlukan satu tempat untuk aku asingkan diri aku dan bahasa aku...mungkin ini tempat yg tepat...biar aku tengelam dari dalam sekeping kertas yang kosong....terima kaseh
Subscribe to:
Posts (Atom)