ragam

sekitar plastik bernyawa,
mesin pandai berkata,
dan robot makin ligat,
dan manusia berkaki empat,
yang kiri terus terkiri,
yang kanan meminta sakti,
yang masjid di kubahkan palang,
yang kitab  di biar bersawang,
langit bergegar terus bekerja,
gunung terbelah masih bekerja,
laut gelora tiada takutnya,
bumi tergoncang di biar saja.






sahabat

pernah kau rasa tertikam.dan pernah kau nampak darah yang mengalir.aku hampir mati saat kau masih tersengih.tak perlu kau ajukan sakit atau tidak.kau sendiri nampak macam mana aku terjelupuk di satu sudut hitam.kau pernah datang,dan kau sekarang menikam.ingat macam mana aku jadi orang yang mendengar kau.ingat bila kau masih berkarat,siapa yang mengilap.siapa yang memberi kau satu ruang untuk kau lebarkan cerita kau.kau cepat lupa bila kau rasa bersinar.tapi juga lupa yang sinaran sekeliling kau bukan asli.mereka ada bila kau diperlukan.sampai satu masa kau pun jadi arang.hitam dan rapuh.kau juga akan dibuang.dan sekarang kau permainkan apa yang pernah kau aku kongsi kan.dan tentu subjeknya ialah aku.dulu kau marahkan mereka yang tengelamkan kau.tak kau sedar sekarang kau adalah satu dari mereka.dan kau cuba untuk karamkan aku.tapi aku bukan manusia kayu.aku ada akal dan pancaindera.sebelum kau merangcang aku dah pun berperisai.semua tak kau sedar sebab kau da terlalu khayal.senang untuk cakapkan yang kau sebenarnya bodoh dan cepat gelapkan mata kau.hanya kerana seronok,kau buat aku jadi layu dan kau buang aku.segala maaf untuk aku bukan lagi untuk kau.kau sahabat,kau bukan lagi sahabat.