sungguh tidak adil.satu hak aku telah dirampas.tapi satu itu aku rasa bagaikan sepuluh yang hilang.ranap emosi stabil aku.kocak-kocak perasaan dalam hati aku.itu hak aku,tapi sayang hak itu telah diserah pada orang lain.bukan aku lagi menjadi tempat meluah segala.dikatakan aku tak pernah faham masalah tentang masalah.tapi tak nampak kah siapa yang bersungguh-sungguh.nilai penghargaan itu lebih besar dari berjuta ringgit.bukan minta dihargai tapi cuma minta kenang semula setiap korbanan yang telah diberi.mungkin aku susah difaham.memang susah.setiap bait kata-kata aku ada makna,sekali tersilap tafsir aku akan menjadi mangsa.itu memang aku.aku tak perlu untuk menjadi orang lain.rasa ini memang rasa aku,kerana menjadi seorang aku bukan mudah.melihat mengunakan mata memang mudah,melafaz mengunakan mulut memang mudah tapi mentafsir dari hati itu kerja berat.jika kau ego kau akan kata aku si penyindir yang sial.kalaulah aku sial sekalipun.aku tak pernah sialkan orang.jadi,jika kau mahu faham aku,tebalkan hati kau,dan belajar untuk menerima bait-bait kata aku.
No comments:
Post a Comment