wanita

"aku tidak perlukan seorang wanita secantik bidadari surga....cukuplah sekadar dia mampu menemani aku disaat aku perlukan dia....dan penuhi hari aku dengan sinar bahagianya....dan mampu abadikan hidupnya dalam hidup aku"


Ya kamulah wanita itu

tuhan

semalam dan hari ini adalah hari yang terpanjang pernah aku lalui....hidup aku kosong tanpa biasan suara manja kau itu....sunyi yang kejam telah datang menghentam aku...ahh terlalu sakit aku rasakan....seperti mahu aku ludah sunyi itu....rindu aku bagai ditahap yang paling atas...kecelaruan seakan kawan baik disaat itu...ya tuhan tidakkah kau nampak yang aku saat itu terlalu kritikal....ya tuhan aku rayu pada kamu tolong ikatkan hati aku bersama hatinya...seperti mana kau ikatkan hati adam dan hawa....ya tuhan kau lindungilah hubungan kami dari segala macam anasir-anasir kotor....ya tuhan berilah dia kemampuan untuk melihat jauh kedalam hati aku betapa aku tidak akan pernah mampu tanpa dia...aku tahu yang aku tidak selayak mana untuk meminta pada kau sampai sebegini doa....tapi aku juga seorang hambamu yang layak untuk meminta sedikit pertolongan dari kau yang maha pemberi...kerana aku tahu hanya kau yang mampu untuk melaksanakan itu....

kiamat

tahukah kau bila kiamat akan terjadi....jika kau ajukan soalan yang sama pada aku aku akan menjawab....dalam hidup aku akan berlaku dua kiamat....yang pertama kiamat yang memang akan wajib terjadi....yang kedua hanya akan terjadi apabila kau meniup sangkakala yang mematikan segala hidupan harmoni yang wujud dalam hati aku...dan tiada lagi tiupan kedua yang akan kau tiup kan....kau harus tahu yang jika sekali kau meniup sangkakala itu...akan habis seluruh umat dalam hati aku ini musnah menjadi zarah-zarah halus yang beterbangan....kau tantu faham maksud aku bukan....dan disaat itu aku akan menjadi insan yang teramat lemah...hingga untuk menjunjung sehelai rambut pun aku tak termampu....aku mahu kau simpan sahaja kiamat kau itu...biarlah aku hanya lalui satu kiamat sahaja...kerana kiamat kau terlalu dasyat bagi seorang pencinta seperti aku...yang aku mahu hanyalah kau menyanyikan lagu-lagu indah sahaja....kerana itu amat selesa bagi aku...dan kiamat kau takkan pernah berlaku...aku juga tiada jawapan untuk itu

suara

aku tidak pernah sama sekali merasa marah terhadap kau...malah jauh sekali untuk menyimpan dendam terhadap kau...tapi aku mahu kau tahu yang aku juga tidak mahu kau merasa bersalah terhadap aku...kerana aku telah berjanji dengan hati aku bahawa aku tidak akan sama sekali mahukan kau merasa tertekan...aku juga tahu yang kau sentiasa mahu bersama aku...cuma rindu itu terlalu jahat...rindu itu selalu memaksa aku untuk sentiasa mahukan kau walau dalam apa keadaan sekali pun...kau juga tahu kerana aku sudah terlalu akrab  menyatakan itu pada kau...aku fikir kau mungkin akan merasa jemu mendengar perkataan rindu itu....hampir setiap saat dalam kitaran hidup aku hanya rindu pada kau sahaja terpacul dalam hati baru aku ini...kau tak mungkin akan mendengarnya...tetapi jika kau lekapkan telinga kau rapat kedada aku....kau akan mendengar degupan jantung aku semakin laju...ya ketika itu dia sedang bicara yang dia akan sentiasa merindui kau....

lingkungan

seperti yang tertera terang dalam setiap inci hati aku...aku hanya mahukan kau menolak segala apa yang ada disisi kau hanya kerana aku...aku hanya mahu kau belajar untuk hembus jauh-jauh segala perkara yang aku rasa tidak sepenting aku...aku hanya mahukan kau hanya mem'pertama'kan aku dalam setiap apa yang kau lakukan...tetapi aku sedar...kau tidak akan pernah bisa untuk melakukan itu...kau sendiri terkonkong oleh lingkungan yang hanya menyusahkan kau...jika punya kuasa...mahu saja aku hapuskan segala lingkungan itu jauh dari setiap inci tubuh kau...dan saat ia menghampiri ingin aku rampas kau dan bawa kau jauh dari lingkungan itu...tapi kemampuan aku hanya terbatas untuk mendengar suara kau dari gemaan pancaran gelombang maya sahaja...terlalu jauh untuk aku menatap wajah kau apatah lagi menyentuh halus kulit mu itu...lalu aku terus menanti...sampai nanti aku juga mengerti

beda

semakin lama waktu untuk diambil...semakin tipis jangka hayat aku...perit merindui kau tidak akan pernah untuk terhindar...malah aku semakin sakit menahan rindu...kau bayang kan betapa dalam lubang aku jatuh hanya kerana merindui kau...kau bayangkan tatkala seluruh badan aku terhempas kekaki lubang itu...kau pasti tahu yang aku sedang nazak ketika itu...tetapi aku mengerti...antara kita memang akan sentiasa punyai jurang yang lebar....kau punyai hidup sendiri...kau punyai sekitar sendiri...tetapi aku hanya punyai satu...aku hanya akan melihat kau didalam dunia aku...dan hanya kau di sekitar aku...bayangkan bila sang pemimpi tidak dapat memejamkan matanya lagi...begitulah aku...sedang sarat menanggung imaginasi yang tak tercapai...aku seperti warna kusam...tidak dapat menyerikan lagi diri aku sendiri....tetapi...aku tidak akan benarkan kau nampak apa sebenarnya ini

burung dan awan

jika aku seorang burung....dan kau seorang awan...pasti aku akan membenci pokok...pasti aku akan membenci sarang...kerana terbang mendampingi kamu adalah satu kejadian yang terlalu indah...walaupun riak  kau bukan selalu cerah,walau terkadang kau akan basahi aku dengan asid hujan mu...tapi aku rela...biar hancur segala pelepah aku terkena bias asid hujan kau...biar patah sayap aku sewaktu meredah ribut kau...asalkan aku maseh mandampingi kau...dan aku akan tetap mendampingi kau

sejuk

sejuk...mengapa terasa amat sejuk hati ini...seakannya ada runtuhan salji didalamnya...tetapi sedikit pun tidak aku mahukan nyalaan api...bahkan sebesar bara sebatang mancis...aku hanya mahukan sejuk sahaja...sejuk untuk mengeraskan lagi perasaan yang telah sedia ada selama ini...biar ia tidak akan pernah mencuba untuk mencair dan pergi mengalir keluar dari hati ini...biar aku khayal bersama seketul bekuan perasaan itu...perasaan yang telah menjadikan aku terlalu sejuk untuk kamu...sejuk untuk segalanya...kerana sejuk itu kamu

tidak sama sekali

jika aku miliki tujuh buah pulau indah sekalipun...kau jangan pernah berharap untuk memilikinya juga...jika aku miliki tujuh buah istana emas sekalipun...jangan sesekali kau mimpi untuk mendiaminya...kerana apa yang akan aku beri pada kau hanyalah sekeping hati yang tulus mencintai kau...bukan curahan kemewahan

petir

sungguh pun malam agak malap...sungguh pun bintang tidak kelihatan...sungguh pun langit agak kelam...tetapi aku tetap tersenyum...kerana aku yakin bidadari aku sentiasa ada untuk menyuluh jutaan petir bahagianya tepat kedalam hati aku...aku rela disambar petir itu

sebuah hati baru

penyesalan itu adalah bermakna bagi seorang lelaki kemaruk seperti aku...penyesalan kamu telah memberi aku sejuta rahmat kepada aku...di saat ini aku sedang berseorangan tersenyum melebar...apa yang aku fikirkan adalah kau telah merasmikan sebuah hati yang baru untuk sikemaruk ini

soalan

jangan kau tanya mengapa sering kita diuji...tapi tanyakan mengapa kita maseh kekal hingga ke saat aku menulis ini....ujian adalah rencana tuhan...kerana itulah kita maseh kekal...itu jawapannya

dia

saat kau ungkapkan pada aku yang kau bukan yang terbaik untuk aku...ingin aku ketawa sekuat hati aku...dan hati aku juga tertawa...dia madah pada aku...bisakah seorang yang tidak baik mengakui seikhlas hatinya tentang kesalahannya...dan aku menjawab...tentu ia adalah antara yang terbaik...seorang ahli agama pun belum tentu mahu mengakui kesalahan lampau mereka...dan hati bercakap....kau patut bersyukur miliki dia...dan aku menjawap....telah lama aku bersyukur saat dia milik aku...

the time

"sudah sampai masanya untuk kau tahu semua ini...kerana aku sudah terlalu bahagia dengan kamu...kau layak untuk hidup bersama bahasa aku...kau hanya milik aku"

mental problem

kerana aku sayang kau...aku cintakan kau...aku mampu hidup tanpa kau...tapi percayalah yang hidup aku akan kosong tanpa kau...di setiap saat aku hanya cuitan kenangan aku bersama kau yang berputar...hingga sampai aku sendiri terlalu gila...gila akan kehadiran kamu dihadapan ku...sampai satu masa semua objek yang aku lihat terbentuk bayangan kau...sampai lena yang aku dapat hanya termimpikan kau...kau sentiasa ada dalam realiti dan fantasi aku...kau dah menggilakan aku dengan cinta kau...dan aku seorang pesakit jiwa yang menaruh ubat dari kau...dasyat ini semua

rahsia

biarkan awan hitam yang datang terhapus jauh-jauh...jangan biar ia kembali hampir...biar cerita itu hanya kau,aku dan hati yang tahu...biarkan...kau telah menjadi baru saat kau benar-benar meminta maaf dan hanya itu yang kau ulang...aku terima maaf kau...dan saat kau bahas yang kau betul-betul menyesal dan aku hanya yang kau mahu...hilang...hilang segala memori hitam aku...dan aku hilang ingatan...dan biarkan ia rahsia

cantum

kau renyuk aku...dan kau carik-carikkan aku menjadi kepingan halus...silap kau...tentu susah untuk cantumkan aku kembali...tapi jika kau tabah...kau akan berhasil...kerana aku sentiasa menanti untuk dicantum kembali...kerana aku hanya mahu kau yang cantum aku

tetap

aku akan tetap menulis disini tanpa pengetahuan kau...sehingga satu masa aku akan huraikan segala yang ada disini dihadapan kau...satu hari nanti

ucapan kekal

semalam kita berjumpa....dan hari ini kau telah telah pulang...semalam dan kelmarin kau buat aku berada di atas puncak yang maha tinggi sehingga aku pun gayat...tapi kau pegang aku...kau kukuhkan aku dengan pegangan kamu...kau buat aku selesa....kau buat aku sempurna....walau terkadang aku sedikit lari dari paksi kita sekarang...tapi kau tetap betulkan aku....kadang-kadang aku fikir...adakah ini akan berkekalan...tanpa aku ajukan pada kamu...pantas kau menjawab...kita akan kekal bersama...dan kau katakan lagi...sekarang kau milik aku...dan aku ucapkan kepada kau...terima kasih

reput

ya...kini hati semakin pulih...sakit yang datang telah aku usir sejauhnya...si penyakit takkan pernah dapat kembali...yang tinngal hanya seorang jururawat yang sentiasa utuh dalam diri kau hati...jaga ia dengan semahu kau...aku amanahkan kau untuk terus hidupkan ia dengan bahasa yang suci...sekali kau 'kaca'kan dia...seribu kali aku benci kau hati...kau,aku dan ia....kita akan selesa bersama hingga aku sendiri reput nanti

terima kasih

"terima kasih tuhan kerana temukan dia dalam mimpi aku....walaupun seimbas kau tetap yang terchantek"

siapakah?

kertas...kau hancur bila direndam dalam basahan kesedihan yang maha dasyat...tetapi disaat kau kering...kau lah objek yang paling gembira berterbangan ditiup bahasa angin...kau lah objek paling bebas dikala itu...tapi kau lupa...hujan pasti datang untuk melumatkan kau...kau akan ditujahi duri-duri titisan hujan...kau akan hancur...siapakah kertas itu...ya,aku lah orangnya

kehadapan

kehadapan...biar tuhan yang ganti hati lama aku...biar tuhan buang hitam ini...aku serahkan tugas ini pada tuhan...sebab aku mahu hati yang baru....hati yang tulus mencintai kamu...hati yang ikhlas menyayangi kamu...jika satu masa tuhan gagal juga...aku rela mendapat khidmat si durjana...kerana aku tidak mahu kehilangan kamu...biar aku pandang hadapan

cakera

memang banyak cerita hati aku...tapi tentang kau hampir semua...aku maseh ingat dimana saat kita mula berkenal...dan aku takkan buang rakaman itu...di saat mata aku mula merakam wajah kau...hingga kau selerakkan hati aku dengan perasaan manis...sampai kau pecahkan dinding-dinding halus hati aku...dan kau warnakan kembali hati aku...semua aku rakam...sampai satu saat...bila rakaman itu hilang aku pasti waktu itu adalah yang paling kemuncak...kerana aku telah jadikan rakaman itu kepada cakera keras...dan kita akan bahagia

banyak

dua saat aku bernafas...tiga saat akan aku fikir tentang kau...setiap jam aku lena...setiap hari mimpi kau...dan kau,dan kau

hanya kau

biar kau jadi duri aku
dan aku jadi daging kau
biar kau jadi selumbar aku
dan aku jadi jari kau
biar kau hiris aku
dan aku jadi hati  kau

sebab aku hanya mahukan segalanya berkaitan dengan kamu...walau pahit aku mahu

KAU PATUNG

disaat detik ini aku masih teringat pada kamu...kau orang yang pernah dan kekal sebagai patung dalam hati aku...kau takkan pernah bergerak seinci pun dari dalam ruang padat ini...aku mahu kau akan terus begitu...jadi patung untuk diri aku...jangan pernah untuk bergerak...walau kau mampu aku tahu...KAU PATUNG HATI INI

konkrit

baru sahaja tadi kita berhubung...dan aku terus laju menulis disini...aku mahu yang kau tahu apa hati aku besuara...ya,dia amat gembira wahai kamu...dia perkatakan bahawa kamu sudah beri dia satu keyakinan...dan dia hampir senyum kembali...ibaratnya dia mahu saja melonjak keluar dari kepungan rusuk aku dan terbang terus pergi kepada kamu...hati aku memang dasyat...kau mampu buat dia tersenyum dan aku mampu lupakan "ianya"

disisi kotak kayu

bila akan kau sedar yang aku hanya untuk kau...aku harap maseh punya waktu untuk di betulkan...tapi jika waktu itu sudah tamat...aku akan cari pemain watak yang baru untuk kau...agar kau takkan pernah merasa kehilangan aku...agar sedih kau cuma seketika...kerana aku tahu,kelak sedih akan hilang,bahagia kau akan datang dan biar aku seorang yang terperosok dalam sisi gelap kotak kayu

realiti

tak perlu cantik-cantik...asal orang faham apa kita tujukan...orang akan ingat nanti

itu memang aku "kertas ronyok"

mungkin ruangan ini terlalu sunyi...tanpa ada sebarang kesesakan lalu-lintas...ya memang itu yang aku mahukan...ini tempat untuk aku menyendiri...siapa aku...jangan ditanya siapa aku...punya mata,hidung,telinga dan mulut sama seperti kamu...tiada apa yang membezakan kita...apa jantina aku...ya,aku lelaki....jadi jika aku lelaki mengapa aku jadi seperti ini...mengapa aku harus tulis coretan pekataan halus dalam setiap apa yang aku tulis...ya,itu yang harus kamu tanya...aku lelaki yang memang diciptakan untuk punyai hati yang halus...aku memang miliki jiwa yang selalu menyanyikan lagu-lagu sedih...tapi aku bukan sembarangan halus...halus jiwa ku...bukan perwatakan aku...aku seorang lelaki yang berselindung di antara jiwa dan watak...kerana itu memang aku...cukup kenali aku sebagai kertas ronyok

akhirnya

okay...sekarang aku sedar...yang lepas biar lepas...walaupun tajam untuk aku lupakan...aku anggap cerita itu hanya kesalahan babak yang dilakukan sang pengarah dengan tidak sengaja...aku akan lupakan segalanya...mungkin masa yang akan aku ambil terlalu panjang nanti...setiap manusia tidak lengkap hidupnya tanpa kesalahan yang dilakukan...kau,aku juga tidak lari dari kesalahan...aku maafkan kau setulus hati aku mulai aku tulis post ini...aku akan sayangkan kau lebih dari apa pun mulai dari aku tulis post ini...aku sedar kosong yang akan datang bila kau jauh dari aku kerana kau hanya untuk aku


"aku sayang kau sangat mulai dari mili saat sekarang"

sesudah tidur

arrrgghhh....sekali lagi aku mimpi dalam lena yang singkat...kenapa kau selalu hadir...kau tahu yang ia akan buat aku lagi rindu...kau dah jauh dari aku,aku risau kau akan ulang nanah lama itu...ohh,aku tidak patut fikir lagi....aku tidak patut meragukan kau lagi....aku harus pandang ke depan...tapi,aku risau...aku risau kau akan ulangi dan aku menjadi loji janaan nuklear yang bakal meletup untuk hancurkan semua orang....aku takut...ahh,mungkin aku harus cari jalan penyelesaian...mungkin aku akan sumbat otak aku dengan musik yang kuat biar sati igauan pown takkan singgah...mungkin aku harus jerit sekuat hati aku...mungkin