biarlah aku lari dari semua salah sangka.perih ini takkan kau nampak akhirnya.biar aku yang rasa.setiap kata makin menyebak jiwa.dan bila nanti kau sedar.aku mungkin sudah lari sejauhnya.jauh untuk menghindar seribu luka.hanya aku yang tahu apa rasanya.aku yang tahu mana sakitnya.kau hanya akan melihat dari penjuru luka.
pelakon cerita dunia.
dan tamat juga sebuah cerita.yang kita pelakonnya.cerita yang sepatutnya hujungnya bukan bermandi air mata.bukan.memang sepatutnya bukan.tapi terkadang sang pengarah mengubah plot dan latar-latar.latar-latar yang sepatutnya indah ditukar pada yang gundah dan penuh nista.plot di tukar untuk membuat setiap cerita lebih segar.lebih nampak akan isinya.tapi siapa pengarahnya.mengapa tegar untuk menukar sedang kita sedap melakonnya.hingga kita terbuai dalam lakonan.tanpa kita sedar ia tetap lakonan.yang sesudah tamat kita takkan mengenal sesama kita.sampai kita mahu melawan darjat kita dengan si pengarah.kita menafikan tugas seorang pengarah sedang kita cuma pelakon hina yang jahil akan ertinya "pementasan dunia".sebenarnya sang pengarah ada maksudnya.ada tujuannya.dia tamatkan lakonan kita dengan penyudah yang siksa kerna mahu kita lakonkan satu cerita baru yang lebih indah.lebih bermakna untuk kita.mengajarkan kita menjadi pelakon yang berjaya.walau nanti kita takkan bersama melakonnya.dan akhirnya aku perlu terima.kerna ada yang baiknya dalam sakitnya.terima kasih wahai sang pengarah.
tuhan dan kerjanya.
Kita bermula dengan sukanya.kita bertentang mata.kita rasa jodoh memang
kita punya.kita bahagia.tapi berapa lama.berapa banyak yang harus kita
duga.berapa kali harus kita bertengkar.harus kita ikat rasa faham antara
kita.bukan melihat pada lebihnya kita.kita salah.kita terlalu yakin dengan apa yang kita ada.dengan tempoh hubungan kita.sebenarnya kita salah.egois dan merasa betul meruntuh tiang kukuh yang lama kita dirikan.kita teguhkan.tapi runtuh dengan sekelip mata.kita saling menuduh.saling meminta yang bukan mampu kita.kita jahil sebenarnya.dan tuhan membalasnya.tapi siapa kita mahu menyalahkan nya.sedang kita belum sempurna.yang sepatut kita cuba selam diri kita.tanya untuk apa kita bersama.ke jannah atau neraka.kita lebih memilih neraka sebenarnya.dan tuhan membalasnya.tapi siapa kita untuk menafikannya.
dan mungkin kita bukan lagi seperti kita yang mulanya.bukan lagi untuk dicipta bersama.atau sememangnya kita tak dicipta untuk bersama.dan untuk akhir ini.aku berserah.dan biar tuhan dengan kerjanya.kerna aku manusia,bukan malaikat utusannya.
dan mungkin kita bukan lagi seperti kita yang mulanya.bukan lagi untuk dicipta bersama.atau sememangnya kita tak dicipta untuk bersama.dan untuk akhir ini.aku berserah.dan biar tuhan dengan kerjanya.kerna aku manusia,bukan malaikat utusannya.
tuhankah manusia mahu menghukum.tuhankah manusia tahu apa yang ada didalam jiwa.tuhankah manusia tahu apa yang akan mendatang dan meramalnya.manusia melihat dengan batasan yang terhad.manusia meramal dengan akal yang singkat.manusia merasa dengan perasaan yang kelat.apakah manusia sebenarnya.kita ada jawapannya.
lupa
Selalu.dan selalu kau yang ada di segenap ruang jiwa.di setiap aliran minda hanya kau terhalusinasi.lagikan desir angin selalu terbias suara indah.jelas dan mengema mengangu getaran gelombang lainnya.kau berkata aku lupa sedang aku sendiri bermain jiwa.hilang logik jika aku mampu terlupa.kau berkata kerana kau nampak akan zahirnya.tapi yang menjadi rahsia ialah hati.hati manusia itu memang rahsia.luarnya kau lihat kotor dan jijik.sedang dalamnya sangka siapa dia punya hati yang bahagia dan jernih cahayanya.cukup kau tahu aku tak mampu lupa.
agung & lemah
aku memandang lesu mentari.yang tinggal hanya siksa panas bukan lagi cantiknya sinaran.membakar dan menyejat setiap kebaikan.aku memandang lesu bulan.yang tinggal hanya warna pucat dan tak cerah.kaku dikala awan hitam menyelubung muram segenap bulan.aku memandang lesu bintang.hadir kau banyak tapi berpecah-pecah dan saling berlumba.kerlipan kau mengelirukan.dan aku benci untuk memilih satu yang paling indah.terciptanya semua ada banyak indahnya tapi tak sikit celanya.aku hanya melihat kekurangan untuk mencari keagungan.dan tak aku cari ke agungan hanya untuk dilemahkan.
dua kaki serigala.
Selamat pagi si embun layu.aku masih tak mampu tidur.masih lagi rancak berfikir tentang kalutnya dunia.melihat mereka-mereka yang terlalu mengejar.walau sudah tergengam dengan dua tangan mereka tegar mengong-gong dengan mulutnya.mereka si manusia lapar.pentingkan perutnya dan apa isi didalamnya.sudahkan kau tamak lagikan kau dombakan mereka yang sedikit kurang akalnya.entah sampai bila aku mesti ada dalan kitaran sial manusia.dalam sangkar kebendaan bercampur dengan serigala berkaki dua aku mahu keluar.aku mahu yang lainnya.biarlah aku kalah dalam dunia mereka.kerna aku mahu menang di alam sana.
mimpikan mimpi.
Masih aku berjaga.di jam yang sepatutnya manusia biasa sudah lenyap ke muka mimpinya.ini bukan yang pertama aku alami.tak berat jika sebenarnya aku sudah lali.dunia aku bukan dipaksi sebenar lagi.aku rindu akan rasa mimpi.mimpi yang sering buat aku tercari.walau pasti memang aku tak akan temui.apa rasanya mimpi mereka.ceritanya.wataknya.latar masanya.bersoal aku sendirinya.hingga akhirnya aku terlelap dan terjaga tanpa aku ingat apa mimpiku.dan esoknya pasti sama apa yang mimpikan.tiada mimpi untuk aku mimpikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)