kerana aku sayang kau

kerana aku sayang kau...aku sanggup buat apa sahaja...tapi kenapa kita harus lalui keadaan ini...aku tahu kau dan aku sedang menahan sesuatu yang pedih...tapi percaya lah...kau dan aku sedang diduga...kita sering salah faham...tetapi ia untuk masa ini sahaja....aku percaya kau dan aku masing-masing tidak mampu untuk berpisah....kerana hati kau sudah tertulis nama aku...begitu juga hati aku....aku tahu yang kau sayangkan aku....mungkin terkadang aku melakukan kesilapan,kerana aku memegang watak sebagai manusia dan bukanlah malaikat....aku tidak terlalu sempurna....dan tidak mampu menjadi sempurna....tapi percayalah dengan kehadiran kau...aku rasa bagai telah sempurna hidup aku...bagaimana kau memimpin aku dari yang gelap kepada yang cerah...sumpah aku rasa bagai ada cahaya yang datang...sebab kau lah cahaya aku itu...mungkin terkadang bahasa aku tidak seperti orang lain...kerana itu memang diri aku...aku punyai bahasa yang mengelirukan,tetapi maksudnya hanya satu...tapi jika kau benar-benar memahami aku...kau akan tersenyum mendengarkan aku berbicara...kerana setiap perkataan yang terzahir itu adalah ungkapan manis untuk kamu...dengarlah dengan hati,bukan dengan perasaan yang sering menipu kita...kerana aku sayang kau...

No comments:

Post a Comment