ragam

sekitar plastik bernyawa,
mesin pandai berkata,
dan robot makin ligat,
dan manusia berkaki empat,
yang kiri terus terkiri,
yang kanan meminta sakti,
yang masjid di kubahkan palang,
yang kitab  di biar bersawang,
langit bergegar terus bekerja,
gunung terbelah masih bekerja,
laut gelora tiada takutnya,
bumi tergoncang di biar saja.






sahabat

pernah kau rasa tertikam.dan pernah kau nampak darah yang mengalir.aku hampir mati saat kau masih tersengih.tak perlu kau ajukan sakit atau tidak.kau sendiri nampak macam mana aku terjelupuk di satu sudut hitam.kau pernah datang,dan kau sekarang menikam.ingat macam mana aku jadi orang yang mendengar kau.ingat bila kau masih berkarat,siapa yang mengilap.siapa yang memberi kau satu ruang untuk kau lebarkan cerita kau.kau cepat lupa bila kau rasa bersinar.tapi juga lupa yang sinaran sekeliling kau bukan asli.mereka ada bila kau diperlukan.sampai satu masa kau pun jadi arang.hitam dan rapuh.kau juga akan dibuang.dan sekarang kau permainkan apa yang pernah kau aku kongsi kan.dan tentu subjeknya ialah aku.dulu kau marahkan mereka yang tengelamkan kau.tak kau sedar sekarang kau adalah satu dari mereka.dan kau cuba untuk karamkan aku.tapi aku bukan manusia kayu.aku ada akal dan pancaindera.sebelum kau merangcang aku dah pun berperisai.semua tak kau sedar sebab kau da terlalu khayal.senang untuk cakapkan yang kau sebenarnya bodoh dan cepat gelapkan mata kau.hanya kerana seronok,kau buat aku jadi layu dan kau buang aku.segala maaf untuk aku bukan lagi untuk kau.kau sahabat,kau bukan lagi sahabat.

wahai tuhan.

kini hanya tinggal sekeping hati untuk aku teruskan hidup.berseorangan dan tidak berteman.setiap langkah yang aku kejarkan sudah tiada makna.biar angin teruslah bertiup,ia memang tak mampu memberi makna lagi pada aku.dulu disetiap malam-malam akan ada suara yang menghibur ku.bila ia semakin hilang aku pun semakin terjerumus masuk kedalam sisi gelap dunia aku sendiri.terkadang timbul soalan yang sial untuk aku ajukan.mengapakah tuhan begitu kejam untuk aku.mengapa tuhan ambil semuayang pernah aku miliki.mungkin agak kasar apa yang aku ajukan itu.tapi bagaimana untuk aku menahan,hidup aku hanya diselubungi kehitaman yang terlalu melampau.jika aku bukukan setiap bait-bait hidup aku.pasti tiada siapa yang mampu untuk memahami apa yang aku ceritakan.manusia sekeliling hanya tahu untuk menilai dari luaran sahaja.tak ramai yang mampu menilai aku dari sisi yang berlainan.bukan manusia biasa yang mampu melakukan itu.mungkin aku teruk,tapi carilah apa punca aku sebegitu.aku yakin setiap manusia mahukan yang indah sahaja.aku juga mahukan bhidup aku begitu.tapi takdir yg keras terpaksa aku tempuhi.aku seakan benci takdir yang aku lalui.tapi aku terpaksa telan juga.bukan kerja aku untuk melawan tuhan.setiap saat aku terkenangkan saat-saat indah yang pernah aku lalui.tapi semakin jauh aku menyusur kedalam itu.aku semakin tertekan.dan terluka.mungkinkah aku memang ditakdirkan untuk terus tengelam ke dasar yang gelap dan gelita.dan sampai aku hilang ape yang selama ini aku pegang.dan biarlah aku terus ada dalam mainan dunia ini.dan aku akan mati dalam keadaan yang paling hina sekali.

PENAT

semakin lama aku semakin mual dengan kekosongan ini.tiada makna lagi untuk aku bertahan.asyik memikirkan indah sampai aku lupa akan ada buruk menanti.itu memang silap aku dulu.dan sekarang aku sendiri teperangkap dengan apa yang aku kejarkan.sial.kalau ada mesin pemutar masa aku tentu sudah pusing kembali setiap apa yang aku sudah lakukan.aku mahu hidup seperti manusia biasa.jasad aku hanya menjadi bekas untuk menyinpan segala organ-organ dan darah aku sahaja.tapi perasaan sebagai manusia biasa itu aku tidak merasainya.kadang-kadang cemburu dengan kehidupan manusia lain.perjalanan mereka pasti akan diselang seli tawa atau tangisan.tapi bagi aku semua yang mereka rasai tak dapat aku rasai.aku dah terlalu penat untuk tanggung lagi.PENAT.
disaat kamu menanggis sejuta tangan mengelap airmata mu,disaat aku menanggis siapa akan ada untuk aku.terima kasih.
kau pilihlah satu hati.hati yang benar untuk kau.pilihlah dengan tenang.jika tersilap.kau akan kalah.

jika

jika hati itu boleh dibaca.jika masa depan boleh diramal.jika mati boleh ditangguh.jika takdir boleh dipilih.akan aku buat segalanya.tapi sayang semua itu hanya mimpi.mimpi yang bisa buat hati kita semakin mati.