mimpikan mimpi.

Masih aku berjaga.di jam yang sepatutnya manusia biasa sudah lenyap ke muka mimpinya.ini bukan yang pertama aku alami.tak berat jika sebenarnya aku sudah lali.dunia aku bukan dipaksi sebenar lagi.aku rindu akan rasa mimpi.mimpi yang sering buat aku tercari.walau pasti memang aku tak akan temui.apa rasanya mimpi mereka.ceritanya.wataknya.latar masanya.bersoal aku sendirinya.hingga akhirnya aku terlelap dan terjaga tanpa aku ingat apa mimpiku.dan esoknya pasti sama apa yang mimpikan.tiada mimpi untuk aku mimpikan.
Manusia terlahir dengan bakat dan takdirnya.sudah tertulis dari awalnya.tapi kerana bodohnya kita dan nafsu serakah.segala yg kita punya makin pudar.dan kita hanya menyalahkan tuhan tanpa sedar puncanya kita.

menikmat nanah

Hidup yang sakit.tanpa ada cahaya.tapi mata masih berpinar.terhidang seribu masalah.masih mampukah tersenyum,atau berduka lara.sambil menjilat luka.darah dan nanah teman biasa.hanyir bau tentu biasa.terpalit senja dengan noda.walau sekuat cuba menghindar.masih jatuh walau berpaut.kerana kita hanya manusia lemah.

cerita manusia

Manusia itu buta.
Lagi menulikan telinganya.
Dengan angkuh mengatakan ia.
Sedangkan salah di depan mata.

Manusia itu lemah.
Terlalu mendongak tak memandang tanah.
Sedangkan tanah jadinya ia.  
Terlupakah dia siapa tuhannya.
Ataukah dia menyembah berhala.
Sama lemah,pegun dan diam tak berdaya.

Manusia itu gila. 
Sedang maut didepan senja.
Malamnya masih beriang ria.
Malaikat dtg mencabut nyawa.
Masih lagi berajakan dunia.    

Sungguh malang wahai manusia.
Lupakah tuhan pelengkap jiwa.

ragam

sekitar plastik bernyawa,
mesin pandai berkata,
dan robot makin ligat,
dan manusia berkaki empat,
yang kiri terus terkiri,
yang kanan meminta sakti,
yang masjid di kubahkan palang,
yang kitab  di biar bersawang,
langit bergegar terus bekerja,
gunung terbelah masih bekerja,
laut gelora tiada takutnya,
bumi tergoncang di biar saja.






sahabat

pernah kau rasa tertikam.dan pernah kau nampak darah yang mengalir.aku hampir mati saat kau masih tersengih.tak perlu kau ajukan sakit atau tidak.kau sendiri nampak macam mana aku terjelupuk di satu sudut hitam.kau pernah datang,dan kau sekarang menikam.ingat macam mana aku jadi orang yang mendengar kau.ingat bila kau masih berkarat,siapa yang mengilap.siapa yang memberi kau satu ruang untuk kau lebarkan cerita kau.kau cepat lupa bila kau rasa bersinar.tapi juga lupa yang sinaran sekeliling kau bukan asli.mereka ada bila kau diperlukan.sampai satu masa kau pun jadi arang.hitam dan rapuh.kau juga akan dibuang.dan sekarang kau permainkan apa yang pernah kau aku kongsi kan.dan tentu subjeknya ialah aku.dulu kau marahkan mereka yang tengelamkan kau.tak kau sedar sekarang kau adalah satu dari mereka.dan kau cuba untuk karamkan aku.tapi aku bukan manusia kayu.aku ada akal dan pancaindera.sebelum kau merangcang aku dah pun berperisai.semua tak kau sedar sebab kau da terlalu khayal.senang untuk cakapkan yang kau sebenarnya bodoh dan cepat gelapkan mata kau.hanya kerana seronok,kau buat aku jadi layu dan kau buang aku.segala maaf untuk aku bukan lagi untuk kau.kau sahabat,kau bukan lagi sahabat.

wahai tuhan.

kini hanya tinggal sekeping hati untuk aku teruskan hidup.berseorangan dan tidak berteman.setiap langkah yang aku kejarkan sudah tiada makna.biar angin teruslah bertiup,ia memang tak mampu memberi makna lagi pada aku.dulu disetiap malam-malam akan ada suara yang menghibur ku.bila ia semakin hilang aku pun semakin terjerumus masuk kedalam sisi gelap dunia aku sendiri.terkadang timbul soalan yang sial untuk aku ajukan.mengapakah tuhan begitu kejam untuk aku.mengapa tuhan ambil semuayang pernah aku miliki.mungkin agak kasar apa yang aku ajukan itu.tapi bagaimana untuk aku menahan,hidup aku hanya diselubungi kehitaman yang terlalu melampau.jika aku bukukan setiap bait-bait hidup aku.pasti tiada siapa yang mampu untuk memahami apa yang aku ceritakan.manusia sekeliling hanya tahu untuk menilai dari luaran sahaja.tak ramai yang mampu menilai aku dari sisi yang berlainan.bukan manusia biasa yang mampu melakukan itu.mungkin aku teruk,tapi carilah apa punca aku sebegitu.aku yakin setiap manusia mahukan yang indah sahaja.aku juga mahukan bhidup aku begitu.tapi takdir yg keras terpaksa aku tempuhi.aku seakan benci takdir yang aku lalui.tapi aku terpaksa telan juga.bukan kerja aku untuk melawan tuhan.setiap saat aku terkenangkan saat-saat indah yang pernah aku lalui.tapi semakin jauh aku menyusur kedalam itu.aku semakin tertekan.dan terluka.mungkinkah aku memang ditakdirkan untuk terus tengelam ke dasar yang gelap dan gelita.dan sampai aku hilang ape yang selama ini aku pegang.dan biarlah aku terus ada dalam mainan dunia ini.dan aku akan mati dalam keadaan yang paling hina sekali.